Definisi dan klasifikasi masjid  

Posted by Administator

Definisi masjid boleh difahami dalam pelbagai tahap. Secara umumnya masjid dimaksudkan sebagai ‘tempat sujud’ (sajadah), iaini ‘tempat mengerjakan sembahyang’. Ini boleh membawa pengertian bahawa keseluruhan bumi adalah masjid kerana sembahyang boleh dikerjakan dimana-mana saja di atasnya (Hadith). Manakala tempat khusus bagi mengerjakan sembahyang disebut musolla. Malah tikar sembahyang turut disebut ‘musala’ (Kamus Dewan), mungkin bertujuan menyampaikan maksud ‘tempat sembahyang’. Definisi masjid dari sudut sosio-politik dapat difahami dengan mempelajari kaedah dan peranannya seperti mana yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabatnya (Gambarajah 2). Dalam konteks ini masjid adalah sebuah tempat berkumpul. Lebih tepat lagi ia adalah sebuah tempat masyarakat berkumpul bagi tujuan mendapatkan secara kolektif keredhaaan dan keberkatan Ilahi. Ia tentunya mengandungi unsur sakral jika dibandingkan dengan tempat perkumpulan yang lain seperti padang bola, pasar, laman bandar (urban square), jalan dan laluan (street) dan sebagainya. Lebih penting lagi masjid adalah sebuah institusi dimana pelbagai aktiviti seperti urusan pentadbiran, mahkamah, mengatur strategi peperangan, ucapan politik, perdebatan, menerima tetamu, membantu musafir dan si-miskin, bersyair, dan sebagainya berlaku dalam kawasan dalaman (zullah) dan perkarangan terbuka (sahn) Masjid Nabawi.

Gambarajah 2: Ilustrasi kasar Masjid Nabawi seperti semasa dibawah pentadbiran Nabi Muhamad.

Terdapat beberapa lagi tahap definisi1 tetapi tidak mahu disentuh dalam tulisan ini kerana definisi di atas sudah dirasakan relevan bagi membantu membicarakan topik tulisan ini. Dapat difahami di sini bahawa keinstitusian sesebuah masjid itu terletak pada peranannya sebagai pusat pembangunan insani dan ummah (Tajuddin, 1998). Secara konsepnya, klasifikasi dan kategori masjid2 dapat diperjelaskan dalam gambarajah di bawah: lagi...

This entry was posted on Friday, July 21, 2006 at 11:37 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment