Definisi dan klasifikasi masjid  

Posted by Administator

Definisi masjid boleh difahami dalam pelbagai tahap. Secara umumnya masjid dimaksudkan sebagai ‘tempat sujud’ (sajadah), iaini ‘tempat mengerjakan sembahyang’. Ini boleh membawa pengertian bahawa keseluruhan bumi adalah masjid kerana sembahyang boleh dikerjakan dimana-mana saja di atasnya (Hadith). Manakala tempat khusus bagi mengerjakan sembahyang disebut musolla. Malah tikar sembahyang turut disebut ‘musala’ (Kamus Dewan), mungkin bertujuan menyampaikan maksud ‘tempat sembahyang’. Definisi masjid dari sudut sosio-politik dapat difahami dengan mempelajari kaedah dan peranannya seperti mana yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabatnya (Gambarajah 2). Dalam konteks ini masjid adalah sebuah tempat berkumpul. Lebih tepat lagi ia adalah sebuah tempat masyarakat berkumpul bagi tujuan mendapatkan secara kolektif keredhaaan dan keberkatan Ilahi. Ia tentunya mengandungi unsur sakral jika dibandingkan dengan tempat perkumpulan yang lain seperti padang bola, pasar, laman bandar (urban square), jalan dan laluan (street) dan sebagainya. Lebih penting lagi masjid adalah sebuah institusi dimana pelbagai aktiviti seperti urusan pentadbiran, mahkamah, mengatur strategi peperangan, ucapan politik, perdebatan, menerima tetamu, membantu musafir dan si-miskin, bersyair, dan sebagainya berlaku dalam kawasan dalaman (zullah) dan perkarangan terbuka (sahn) Masjid Nabawi.

Gambarajah 2: Ilustrasi kasar Masjid Nabawi seperti semasa dibawah pentadbiran Nabi Muhamad.

Terdapat beberapa lagi tahap definisi1 tetapi tidak mahu disentuh dalam tulisan ini kerana definisi di atas sudah dirasakan relevan bagi membantu membicarakan topik tulisan ini. Dapat difahami di sini bahawa keinstitusian sesebuah masjid itu terletak pada peranannya sebagai pusat pembangunan insani dan ummah (Tajuddin, 1998). Secara konsepnya, klasifikasi dan kategori masjid2 dapat diperjelaskan dalam gambarajah di bawah: lagi...

MASJID PLZZZ...NOT MOSQUE...!!!  

Posted by Administator

Sila baca tulisan ini dan sebarkan ke
beberapa muslim sebanyak yang anda bisa.
Ini
adalah informasi yang sangat amat penting.

Muslim seharusnya tidak lagi menggunakan
kata "Mosque".
Suatu hari, saya membaca buku berjudul

"THE COMPLETE IDIOT'S GUIDE TO
UNDERSTANDING ISLAM"
("PETUNJUK IDIOT YANG LENGKAP UNTUK
MENGERTI ISLAM)

*) IGOEN ; "I've checked this book in yahoo
search, and it's true it's there"

dan buku itu berisi fakta-fakta yang lucu.Salah
satunya adalah mengenai kata "Mosque."
Banyak
dari kita yang berfikir bahwa ini adalah
terjemahan
bahasa Inggris untuk Masjid.Saya yakin tak
ada
seorangpun dari kita yang mengetahui
bagaimana
kata ini ada dan kemudian mempunyai
kemiripan
suara dengan 'Masjid'. Kita masih sangat
muda
ketik! a kita ber fikir bahwa ini hanyalah sebuah
kata
dalam Bahasa Inggris. Saat itu kita belum
berfikir
kritis dan analitis,jadi tak ada keberanian
untuk
menanyakannya kepada guru,benar kan ?)Bagaimanapun, buku ini menunjukkan
bahwa
kata 'Mosque' diperoleh dari kata dalam
bahasa
Spanyol, yaitu "Mosquito" ("Nyamuk").
Dinamakan
seperti itu karena saat Perang Salib terjadi,
Raja
Ferdinand berkata bahwa mereka akan
berangkat
dan membasmi Muslim "like
mosquitoes"("seperti
nyamuk-nyamuk"). (Dimana lagi mereka
dapat
temukan muslim dalam jumlah yang cukup
besar
untuk dibasmi jika bukan di Masjid?). Lalu
tanpa
rasa sungkan mereka menyebut "Masjid"
sebagai "Mosque". Jadi saudara-saudara
seiman,
hindarilah penggunaan kata yang dengan
jelas
menunjukkan tamparan kemuka ke wajah
umat.

Beritahukanlah saudara-saudara kita tentang
sejarah dan etimologi (ilmu asal kata)tentang
kata
ini.Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata
yang memiliki makna yang seharusnya :
Masjid!
Tempat un! tuk Bersuj ud!!
Bukan Mosque: tempat pembasmian!

Jika ada diantara saudara-saudara yang
masih
ragu tentang hal ini,silahkan mencari buku
tersebut dan kemudian membacanya

wasallam...

Senarai Masjid / List of Masjid  

Posted by Administator

Kami ingin mengumpul maklumat tentang masjid di seluruh Malaysia ke dalam database kami untuk dimuatkan ke dalam laman web yang akan kami bina. Oleh itu, bantuan anda amatlah diperlukan.

Anda mahu menyenaraikan masjid di kawasan anda dalam web kami...?
Beritahu kami segala-galanya tentang masjid di sekitar anda...
Cuma klik pada comment di bawah tajuk ini dan beritahu kami seperti berikut:-
<> Nama Masjid
<> Alamat
<> No. Telefon Masjid
<> Senarai Nama AJK Masjid
<> Aktiviti-aktiviti Masjid
<> Laman Web Masjid (jika ada)
Nota: Bagi masjid yang tidak mempunyai laman web/blog, kami bersedia memberi perkhidmatan membina laman web/blog dengan pakej tertentu yang akan diberitahu kelak. Beritahu kami jika anda ingin perkhidmatan kami untuk masjid di sekitar anda di bawah tajaan anda.

<<------------------------<<>>------------------------>>


We want to collect information about masjid in Malaysia on our database and for listing on our website that we will set up soon. That's why we need your help.
Do you want to add more masjid that you know on our website...?
Then, tell us all about masjid it.Just click the comment below and tell about it based on the following :-
<> Name of Masjid
<> Address
<> Masjid's Phone No.
<> List of Masjid's AJK
<> Masjid Activities
<> Masjid's Website (if available)
Note: For masjid without a website/blog, we are ready to help set up a website/blog at a reasonable rate to be announced soon. Let us know if you need our service.

Program e-Masjid@MasjidKita.com  

Posted by Administator

Blog ini adalah pra pengenalan kepada projek pembangunan laman web yang berinformasikan masjid-masjid diseluruh Malaysia dan projek ini sedang dalam pembinaan. Projek ini bertujuan untuk memperkenalkan masjid-masjid yang terdapat di Malaysia kepada seluruh dunia. Informasi yang akan dimuatkan adalah bermula dari sejarah masjid sehinggalah maklumat-maklumat terkini tentang masjid tersebut. Disamping itu kami akan memberi perkhidmatan membina laman web bagi masjid-masjid yang masih belum mempunyai laman web dengan pakej-pakej tertentu yang akan diberitahu kelak.
This blog is a pre-introduce to websites development project which contained the information of all masjids around Malaysia and this project is under construction. The purpose of this project is to introduces all masjids around Malaysia to the worlds. The information which will be entered is starting from the masjid history to the latest news and information about the masjid which will be introduced. Others, we'll give a website design services for the certain masjid which not have a website with the pakage which we'll announce soon.